1.0 PENDAHULUAN
Setiap insan diciptakan dengan dua
tujuan utama iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Khalifah di sini
bermaksud setiap insan merupakan seorang pemimpin yang memegang amanah Allah
untuk mengurus segala harta yang terkandung di Bumi Allah dengan sebaiknya. Berjayanya
seseorang itu menjadi khalifah yang adil dan telus serta bijaksana bermakna
berjayalah beliau menjadi seorang hamba Allah, dengan izin Nya. Seperti yang disebut oleh Allah s.w.t dalam
surah Al-Baqarah ayat 30,
yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya",
Allah SWT menciptakan manusia di muka
bumi agar manusia dapat menjadi kalifah di muka bumi tersebut. Dalam konteks
laporan ini, setiap khalifah haruslah bijak menguruskan apa-apa yang ada di
bumi, contohnya tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan, air sungai, gunung-ganang, laut, haiwan yang hidup di
lautan dan manusia haruslah memanfaatkan segala apa yang ada di bumi sebaik
mungkin.
Walaupun
ayat di atas jelas menyatakan bahawa Allah menjadikan manusia sebagai seorang
khalifah agar dapat menguruskan alam ini sebaiknya, terdapat juga segelintir
manusia yang mengabaikan tanggungjawab tersebut. Sikap manusia yang tidak ambil
berat, serta perbuatan tidak bermoral seperti mencemarkan air sungai dengan
membuang sisa buangan toksik dari kilang, menggunakan bom untuk menangkap ikan
di laut, menebang pokok serta meratakan hutang supaya dapat membuat pembangunan
sedikit sebanyak mampu menghancurkan alam sekitar serta harta di bumi ini.
Walaupun perbuatan itu dianggap remeh oleh sesetengah pihak, namun ianya bakal
menjadi isu yang amat besar jika suatu hari nanti kita sudah kehilangan hutan,
sukar mendapat bekalan air bersih serta hidupan akuatik makin pupus.
Dalam
laporan ini akan dibincangkan mengenai factor-faktor yang mendorong manusia
sebagai khalifah mampu untuk terjebak dengan semua masalah di atas,
penguatkuasaan undan-undang berkenaan alam sekitar yang ada di Malaysia serta
kesan-kesan yang timbul daripada masalah ini.
2.0 LATAR
BELAKANG
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan
yang amat bernilai kepada kesejahteraan hidup. Manusia banyak bergantung kepada
sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas telah dicipta bahkan sebelum
terciptanya manusia pertama dimuka bumi iaitu Nabi Adam A.S yang terbukti
daripada kejadian manusia yang berasal dari tanah. Ia dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai
sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan
menyamankan.
Persekitaran yang bersih merupakan
nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau yang membebaskan Penjagaan
alam sekitar dapat mengelakkan pelbagai masalah antaranya kenaikan suhu
melampau yang menyebabkan cuaca panas dan kering yang seterusnya akan
menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada diri kita. Persekitaran yang
segar dan nyaman juga membolehkan orang ramai melakukan aktiviti luar dan
beriadah tanpa gangguan yang mungkin membuat kita teragak-agak untuk berada
diluar agar tidak terdedah kepada pencemaran yang semakin meningkat setiap
hari.
Selain itu, alam sekitar juga terdiri
daripada sumber air yang merupakan sumber asli yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Buktinya, tubuh kita sendiri mengandungi lebih kurang 70%
air. Dengan air, manusia dapat bertahan hidup selama beberapa hari walaupun
tidak mendapat sumber makanan. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga dengan lebih cepat. Air merupakan unsur
yang penting dan merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Ia bukan sahaja penting kepada manusia malah
kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi, amat penting
untuk setiap anggota masyarakat berganding bahu dalam memelihara dan menjaga
kebersihan sumber air kita yang semakin tercemar dari hari ke hari.
Tambahan lagi, alam sekitar patut
dijaga oleh semua pihak bagi mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Seperti yang kita tahu, haiwan dan tumbuh merupakan salah satu sumber makanan
kepada manusia yang harus dipelihara begi menjamin kelangsungan hidup Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang. Contohnya pembuangan
toksik ke dalam laut akan menyebabkan hidupan laut seperti udang, ikan, sotong
dan lain-lain yang merupakan sumber protein yang dapat menstabilkan kesihatan
badan kita. Oleh itu, setiap pihak samada individu, masyarakat dan kerajaan
perlu berpimpin tangan dan bergerak seiring untuk memastikan alam sekitar kita
terpelihara agar kita tidak sengsara dimasa hadapan akibat dari perbuatan kita
yang mementingkan diri sendiri.
3.0 FAKTOR-FAKTOR
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
3.1 Sikap Individu, Organisasi dan
Masyarakat Yang Mengambil Mudah Tentang Pencemaran
Sebab utama pencemaran alam sekitar
berlaku adalah kerana masalah sikap individu
dan organisasi yang
tidak bertanggungjawab. Hal
ini jelas kerana
tiada kesedaran sivik
dalam diri mereka
untuk menjaga alam sekitar
kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan
sewenang-wenangnya membuang
sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan
itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau
sisa makanan di tepi
jalan. Terdapat individu yang
mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai.
Individu yang membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi
dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang
puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh
mencemarkan udara.
Manakala untuk
organisasi seperti kilang
yang menjalankan operasi pengeluaran yang
melibatkan sisa toksik
dalam penghasilan keluaran
mereka, pada kebiasaannya
kilang itu akan
mengambil langkah mudah
apabila membuang sisa
toksik tersebut terus ke
dalam laut dan
sungai jika kilang
itu didirikan berdekatan
dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan
kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis
udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara. Hal
ini berikutan sikap
individu dan pemilik
kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada
persekitaran sekeliling hasil
dari pencemaran alam
sekitar yang mereka cipta
sendiri.
Selain itu, sikap masyarakat juga
boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat
menganggap sungai sebagai tempat untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan
air yang kotor atau sisa kumbahan dari rumah
mereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi
rumput, timbunan lumpur atau timbunan sampah . Akhirnya, sungai akan menjadi
semakin cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan
turun dengan lebat dan berterusan.
3.2 Sikap Tidak Bertanggungjawab Segelintir
Pihak Pegawai Penguatkuasa Alam Sekitar
Sikap negatif sesetengah pegawai
penguatkuasa alam sekitar juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Terdapat segelintir pegawai penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas mereka
dengan baik dan amanah. Sebagai contoh, pihak yang mencemarkan alam sekitar
tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya. Pihak berkuasa berkecenderungan
mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan
Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan
air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa
air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500
kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar. Jika dilihat daripada
contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan
peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak
lebih RM 10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala
hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10,000,
penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1,000
sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua
Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu
kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah
ini. Oleh itu, mereka akan mengulangi perbuatan mereka ini hingga keadaan alam
sekitar menjadi semakin teruk dan menyusahkan banyak pihak.
Selain
itu, pembangunan secara
tidak sistematik juga menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar. Apabila
pihak kerajaan atau
pihak swasta merancang
untuk membangunkan sesuatu
kawasan, mereka seharusnya
memikirkan secara terperinci
kesan-kesan negatif yang
akan timbul terutama yang
melibatkan alam sekitar
dan bukan tertumpu
kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan
semata-mata kerana akibat
dari pembangunan yang
akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan
bunyi yang akan dihasilkan.
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang
mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu
tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam
sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu
bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan
asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan
Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad,
kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan
undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui
pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di
bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun
pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga
tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa
mereka.
Di dalam kes pemuliharaan alam
sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling
(Pindaan) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan
Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan
Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai
jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes
pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga
(1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara
ini terdiri daripada kawasan seluas 500,000 ekar dan termasuk 90,000 ekar di
Pahang dan 120,000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan
Negeri Pahang telah menggunakan 30,000 ekar daripada kawasan tersebut untuk
pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang
awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada
pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian
daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan
lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan
raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh
pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku
kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut
bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang
berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah
dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat
menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti
kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam
pemerintahan negara.
4.0 PENGUATKUSAAN
UNDANG-UNDANG YANG ADA DI MALAYSIA
Pencemaran
alam sekitar merupakan antara isu flora dan fauna yang kerajaan cuba untuk
mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat. Alam sekitar yang tidak tercemar
dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental sekaligus
dapat memelihara habitat haiwan yang semakin pupus. Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara
alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain
itu Kementerian Pelajaran turut memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar
sekolah untuk mencintai flora dan fauna dan berusaha untuk melindunginya.
Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar merupakan
jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang memainkan
peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca
tetap.
Sisa kumbahan daripada industri dan
loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had
yang ditetapkan di bawah akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan
sebelum dilepaskan. Selain itu, bagi masalah pencemaran air yang melibatkan
pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan
oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan bagi
mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
memasang Sistem Penapis Sisa Makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak dan
gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan
program ‘Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai’ untuk
mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang
terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya
disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara
untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda
tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1,000.00 boleh dikenakan bagi
tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang
menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.
Jabatan Perhutanan dan Semenanjung
Malaysia (JPSM) yang juga di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan
simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari
diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran
tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan
dan Semenanjung Malaysia (JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan
terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan
hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang
harus di teruskan. Selain itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) juga berkuasa untuk menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen
tertentu, kesalahan dan sebagainya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.
76 serta Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang bertujuan untuk memberi
perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia.
Kementerian pelajaran bersama-sama
Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di
mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara
kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen “Cintai Sungai Kita”,
kempen kitar semula, pameran alam sekitar, kempen memelihara dan memulihara
hidupan liar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di
sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran serta
kemusnahan habitat hidupan liar. Pameran ini dilakukan di sekolah-sekolah dan
juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini merangkumi
isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh
dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran dan kadar kemusnahan habitat hidupan
liar. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk melindungi alam sekitar.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga
telah mewujudkan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas
keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara praktikal atau
fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau
mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar. Oleh
yang demikian, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi
pencemaran terhadap alam sekitar dan demi memelihara flora dan fauna seperti
penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang berkaitan
dengan flora dan fauna dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat
mencurah air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat
di negara ini.
5.0 KESAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
5.1 Pencemaran Air
Perubahan gunatanah bagi menampung
pembangunan pesat negara juga mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang
kadangkali tidak dapat ditanggung oleh sungai dan menyebabkan perubahan kepada
sistem sungai dari segi kualiti dan juga kuantiti. Kajian menunjukkan bahawa
tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap
hari akibat kumbahan, industry kelapa sawit dan industry getah (Maheswaran
1982). Sistem pembentungan juga boleh menyumbang kepada kemasukan sisa kumbahan
kilang terus masuk ke dalam sungai. Menurut Dr. Zaini dalam Melati (2007), di
negara-negara yang menerima hujan melebihi 1000mm termasuk Malaysia dah
Singapura, sistem pembentungan dan saliran bandar dibuat secara terbuka bagi
membolehkan air hujan disalirkan dengan lebih cepat ke sungai atau diresapkan
ke perut bumi untuk mengelakkan banjir. Inilah yang menyebabkan perlbagai jenis
sampah sarap dan air buangan termasuk dari kilang disalurkan dengan mudah ke
sistem saliran sehingga menyebabkan masalah sumbatan dan pencemaran air.
Berdasarkan kajian, lebih 50 peratus daripada pencemaran sungai di
bandar-bandar besar di Malaysia berpunca daripada sistem saliran yang
mengandungi kumbahan dan sisa industry yang tidak dirawat sebaiknya. Contoh yang
boleh digunakan sebagai kesan dari pihak organisasi adalah Sungai Juru.
Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang
Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat
apabila sampai ke laut. Sungai Juru di Pulau Pinang telah digolongkan oleh
Jabatan Alam Sekitar sebagai sungai tercemar di Malaysia. Bernama melaporkan
bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menyenaraikan ia sebagai sungai
paling kotor di Asia Tenggara.
Dari segi
kesihatan, pencemaran air akan menjejaskan semua. Kesiahtan manusia juga boleh terancam
jika menggunakan air yang tercemar. Walaupun majoriti penduduk di Malaysia
menggunakan air yang telah dirawat namun pasti ada golongan yang masih
menggunakan air sungai untuk kegiatan seharian. Sesetengah bahan pencemaran
boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan
boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati
dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan
keadaan tidak normal yang bahaya. Air yang tercemar dari kawasan penternakan
pulak akan mengandungi sisa biologi seperti bakteria E-coli dan cacing netamod
yang akan membawa penyakit seperti hepatitis, tau dan disentri.
Dari segi alam sekitar pula, akan
perlakunya ketidakseimbangan biodiversity dan ekosistem. Jumlah habitat sungai
akan menurun dan banyak kematian ikan dan tumbuhan dari pelbagai spesis yang
boleh menyebabkan kepupusan. Kepupusan dan kekurangan sesuatu spesis hidupan
akan menyebabkan ketidakseimbangan biodiversity. Contohnya, pokok bakau yang
berfungsi untuk memerangkap dan menstabilkan mendapan, melindungi pinggir
pantai daripada hakisan dan sebagai habitat binatang laut dan darat. Kematian
pokok-pokok bakau akan mewujudkan gangguan dalam sistem rantaian makanan kerana
haiwan yang dahulunya menghuni pokok-pokok itu berpindah ke tempat lain. Inilah
yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem dikawasan tersebut.
Kesan terakhir ini juga adalah penting,
iaitu bekalan air bersih. Memandangkan
kualiti air di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot, kita akan
kehilangan sumber air mentah yang kebanyakannya diperoleh dari sungai utama dan
empangan yang dibina untuk menyimpan air. Berdasarkan penyelidikan, buat masa
kini sebanyak 29 buah sungai di Malaysia mengalami pencemaran teruk, 11 buah
sedikit tercemar dan 80 buah lagi dalam keadaan terkawal. Selangor, Johor dan
Pulau Pinang adalah antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi
di Malaysia.
5.2 Pencemaran Tanah
Kegagalan untuk menggunakan tong
sampah kitar semula yang telah pun disediakan oleh pihak majlis bandaraya
masing masing adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada pencemaran tanah.
Menteri Kesejahteraan bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul
Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan hanya 15 peratus rakyat negara Malaysia
mengamalkan kaedah kitar semula walaupun kerajaan memperkenalkan program
mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori. Kadar ini sangat rendah berbanding
dengan negara-negara lain seperti Jerman pada 62 peratus, Austria (68), Taiwan
(60) dan 59 peratus di Singapura. Di Malaysia, sampah yang dihasilkan dihantar
ke tapak pelupusan ataupun ke pusat pembakaran (incinerator). Walaupun Malaysia
mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak iaitu sebanyak 161
tapak, namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang
dihasilkan. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini juga berisiko
tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan
itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem
tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit
juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.
Pencemaran tanah jugak menyebabkan hakisan tanah yang akan mengakibatkan tanah runtuh ataupun gempa bumi. Ini adalah merugikan dari sudut kewangan, keselamatan dan ekonomi negara. Kebiasaanya hakisan tanah adalah disebabkan oleh pembersihan dan pembajakan bukit sehingga menyebabkan ketiadaan tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.
Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut akan merosakkan dan mengurangkan kualiti tanah. Tanah yang tidak lagi subur akan menjejaskan ekonomi agrikultur kerana tanah kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang ditanam hidup kurang subur.
Kesan kepada kesihatan manusia pula adalah penyebaran kuman-kuman dan penyakit. Haiwan-haiwan perosak seperti lalat, tikus dan lipas akn tertumpu di kawasan tercemar dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.
6.0
PENYELESAIAN MASALAH DALAM ISU ALAM SEKITAR
6.1 Peranan individu
Dalam usaha menjaga dan
memelihara alam sekitar yang telah tercemar ini, peranan setiap individu amat
penting kerana seorang individu tidak mampu mengubah seluruh dunia. Sebenarnya, kuasa unutk menyelamatkan alam
sekitar ini adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita
boleh katakan ‘tidak’ kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor.
Sekiranya setiap individu sama-sama berusaha
kearah membaikpulih alam sekitar sudah
pasti perubahan yang besar dapat dilakukan terhadap alam sekitar ini. Sebagai
individu masyarakat, kita boleh memilih untuk menyelamatkan alam kita dari
kerakusan dan ketamakan manusia atau makin memusnahkannya.
Antara usaha yang boleh
dilakukan oleh kita sendiri adalah melalui kitar semula. Kitar semula dipandang
remeh oleh sesetengah individu yang masih tidak prihatin terhadap alam sekitar
meskipun ianya perkara yang sangat mudah untuk dilakukan. Bahan- bahan buangan
boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengkladifasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tomg kitar
semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses
menjadi baja nutrient bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
dijadikan tisu. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang
digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia
dapat dikurangkan. Malah, ia juga akan menjimatkan kos bgai mendapatkan
keperluan-keperluan manusia sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara.
Tegasnya, program kitar semula ini adalah salah satu cara untuk mengatasi
pencemaran alam sekitar.
Bagi menjadikan
persekitaran kita lebih besih serta selamat, kita perlu mengambil berat dan
memberi perhatian terhadap kebersihan di persekitaran rumah kita terlebih
dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari
rumah dan institusi keluarga itu sendiri. Misalnya, perbuatan membuang sampah
sesuka hati akan menyebabkan system saliran tersumbat dan akhirnya membawa
kepada masalah – masalah yang lain seperti banjir kilat dan masalah yang lebih
besar. Tanpa sedar, sebenarnya peranan
individu penting kerana kumpulan individu ini akan membentuk masyarakat
seterusnya negara yang cintakan alam sekitar. Jadi perkara ini perlu dididik
dari peringkat keluarga agar ianya menjadi kebiasaan dan sentiasa terpahat dalam minda generasi
sekarang dan akan datang mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. Bak kata
pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, jadi perasaan cintakan alam
sekitar seharusnya diterapkan dalam diri setiap individu sejak kecil lagi
.
6.2 Peranan masyarakat
Sebagai anggota masyarakat,
setiap dari kita seharusnya mempunyai rasa bertanggungjawab kepada alam yang
kita diami. Sejauh mana kita bersedia dan sanggup mambantu dalam usaha menjaga
alam sekitar. Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas,
tidak membeli rumah yang didirikan didalm kawasan hutan yang mana pihak pemaju
menerokai hutan-hutan, menebang pokok intuk tujuan pembangunan kawasan
perumhaan atau pembangunan. Kita seharusnya berfikir dengan jelas adakah
sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak dan apakah kesannnya kepada alam
sekitar kita. Hal ini kerana hanya kita yang sendiri yang boleh memilih sama
ada hendak menetap dikawasan yang selesa dan selamat atau kawasan yang telah
dicemarkan. Sebagai anggota masyarakat yang terdiri daripada pemilik kedai,
ahli perniagaan dan lain-lain, kita perlu menggunakan apa yang ada pada diri
kita untuk meningkatkan usaha pemeliharaan alam sekitar. Contohnya, sebagai
pemilik kilang kita perlu memastikan operasi yang dilakukan adalah tidak
mencemarkan alam sekitar dan menjamin kelestarian alam.
Semua pilihan adalah
ditangan kita sebagai pengguna yang bijak. Sebagai contoh, kita boleh mendesak
pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam dalam menjalankan projek mereka.
Mungkin dengan cara mesra alam akan meningkatkan kos kita namun ini adalah
usaha yang wajar dilakukan bagi memastikan alam kita terjamin dan kita dapat
menikmatinya dengan lebih lama lagi. Kita bukan sahaja dapat mendiami kawasan
yang nyaman dan selesa bahkan turut meningkatkan usaha kita kearah alam sekitar
yang bersih. Selain itu,antara usaha memelihara alam sekitar yang giat
dijalankan adalah pengunaan plastik dilarang pada hari Sabtu dapat
menyelematkan alam sekitar kita. Maka diperkenalan `recycle bag’ yang boleh
digunakan berulang kali mampu mengurangkan penggunaan plastik yang meluas di
negara kita. Pasaraya juga mengenakan bayaran 20 sen kepada pelanggan yang
ingin menggunakan beg plastik di pasaraya berkenaan. Perkara ini berjaya
terlaksana disebabkan golongan masyarakat yang turut serta dalam kempen ini.
Selain itu, kumpulan
masyarakat ini boleh menyertai persatuan alam sekitar, pertubuhan sukarelawan,
dan badan social yang lain. Di Malaysia, terdapat Persatuan Perlindungan Alam
Sekitar (MASA) , Persatuan Pengurusan dan penyelidikan Alam Sekitar (ENSEARCH)
dan beberapa persatuan social lain yang sentiasa melakukan pelbagai aktiviti
bagi memastikan alam sekitar kita terpelihara. Kempen-kempen dan aktiviti
gotong royong selalu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan
kepentingan alam sekitar dan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan
menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit. Jadi, penglibatan kita dalam
pertubuhan sedemikian amat penting walaupun hanya menyumbang dari aspek
kewangan yang dapat digunakan untuk mempergiatkan aktiviti-aktiviti seperti
ini.
7.0 REFLEKSI
Sepanjang
tugasan ini disiapkan, banyak yang telah kami pelajari. Perkara yang paling
penting adalah komunikasi antara ahli kumpulan serta semangat bekerjasama.
Alhamdulillah, komunikasi antara kami berjalan dengan lancer dan hal ini
membawa kepada penyiapan tugasan yang baik serta tiada muncul sebarang salah
faham atau pencanggahan pendapat.
Dalam
konteks tajuk tugasan yang diberi, perkara yang paling kami pelajari adalah
mengenai keseimbangan alam, kebergantungan manusia dengan alam. Boleh dikatakan
90 peratus keperluan hidup manusia datangnya dari alam serta perut bumi.
Contohnya, nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia terutamanya,
datangnya dari pokok padi iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan. Lauk-pauk yang akan
dimakan bersama nasi adalah seperti sayur-sayuran yang juga tumbu-tumbuhan
serta sumber protein seperti ikan, ayam
atau daging yang datangnya daripada haiwan ternakan. Selain itu, perkara yang
paling penting di sini adalah oksigen yang membolehkan manusia bernafas. Oksigen
dikeluarkan oleh setiap tumbuh-tumbuhan hijau. Hilangnya tumbuh-tumbuhan hijau
maka berkuranglah bekalan oksigen. Begitu juga dengan air, sehebat-hebat
ciptaan manusia, manusia masih belum mampu untuk mencipta semula air. Jadi,
segala punca air yang terkandung di muka bumi ini itulah yang akan digunakan
oleh manusia. Tindakan kurang bijak seperti suka membazir air mengakibatkan
penggunaan air yang sia-sia memandangkan isu sukar mendapat bekalan air semakin
banyak dilaporkan sejak belakangan ini.
8.0 KESIMPULAN
Setiap
manusia haruslah sedar betapa pentingnya alam sekitar yang bersih. Kita tidak
boleh mengharapkan usaha pihak berkuasa semata-mata untuk menjaga alam sekitar.
Setiap individu haruslah menjalankan tanggungjawab tersebut kerana kita semua
juga merupakan penghuni alam ini yang juga memerlukan persekitaran yang bersih
dan sihat untuk meneruskan kehidupan. Populasi di Malaysia sudah hamper
mencecah 30 juta orang penduduk. Jika hari ini kesemua 30 juta penduduk
mempunyai inisiatif yang tinggi dalam menjaga alam sekitar serta mempunyai
kesedaran diri bahawa pentingnya alam sekitar kepada manusia, maka
masalah-masalah yang dinyatakan di atas akan berkurangan.
Begitu
juga sebaliknya, sekiranya 30 juta orang penduduk masih mengamalkan gaya hidup
yang tidak peka tentang alam sekitar, maka tidak hairanlah jika esok lusa
pelbagai masalah lagi akan timbul.
Semua
lapisan masyarakat bermula daripada individu, isi rumah, keluarga, anggota
masyarakat serta pihak pelaksana undang-undang haruslah memainkan peranan
masing-masing. Peranan di sini tidak terhad kepada konteks alam sekitar sahaja,
tetapi peranan masing-masing sebagai khalifah Allah juga.
Kesemua
ini bergantung kepada kesedaran manusia sebagai hamba Allah yang ditugaskan
untuk menjadi khalifah di muka bumi. Khalifah yang baik akan menjaga alam ini
sebaiknya seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. Jika manusia berpegang teguh
dengan ajaran Islam, memegang amanah yang dipertanggungjawakan kepadanya sebaik
mungkin, maka segala urusan yang terjadi di atas muka bumi ini akan menjadi
mudah dan kurang masalah.

The Poker Room at The Venetian Resort Spa & Casino - JamBase
ReplyDeleteFind 여수 출장안마 out 충주 출장마사지 more 김제 출장샵 about The 울산광역 출장샵 Poker Room at The Venetian Resort Spa & Casino in 세종특별자치 출장안마 Uncasville, Conn.