Dalam proses kemerdekaan pada 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan munasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.
Namun begitu, pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa rasmi. ini menyebabkan Badan NGO Melayu merasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.
ini membawa kepada demonstrasi pertama keranda 152 pada 3 mac 1967. Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada hari itu. Mereka berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris. Perarakan Keranda 152 ini telah disemadikan oleh Usman Awang dalam puisinya “Sajak Keranda 152”.
Perarakan “Keranda 152” yang Ke-2 dipimpin oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) & Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 sebagai tanda terkuburnya Bahasa Kebangsaan ekoran dari pelbagai dasar kerajaan yang “menghina” Bahasa Kebangsaan termasuk Dasar Pembelajaran & Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Kemuncak bantahan besar-besaran terhadap dasar PPSMI adalah pada 7 Mac 2009 apabila puluhan ribu rakyat telah berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum penderitaan pelajar yang mengikuti PPSMI sejak 2003 – 2009.
Dasar PPSMI dimansuhkan pada 2012 dan digantikan dengan Dual-Language Program (DLP) dan mewajibkan 300 sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains, Matematik, Reka Bentuk, Teknologi Maklumat dan komunikasi. Walaupun dasar baru ini menaikkan semula kemarahan rakyat, dasar ini tetap diteruskan apabila Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tokoh pemimpin yang dilihat tegas mempertahan kedaulatan Bahasa Melayu dipecat dari Kabinet dan digantikan dengan Dato' Seri Mahdzir Khalid tokoh pemimpin yang dilihat tegas mempertahan kedaulatan Bahasa Melayu dipecat dari Kabinet dan digantikan dengan Dato' Seri Mahdzir Khalid.
Demonstrasi ketiga berlaku pada 26 mac 2016 selepas Pejuang Bahasa bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan, aktivis NGO dan pakar sains telah mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membincangkan masa depan anak bangsa dan bahasa kebangsaan. Baginda Sultan Perak secara dasar bersetuju dengan kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) bahawa sesuatu ilmu lebih berkesan dan mudah dikuasai sekiranya diajar dalam bahasa ibunda. pada 26 Mac 2016, perhimpunan bantahan secara aman telah dijalankan dengan cara pejuang bahasa yang terdiri dari GMP, ABIM, PKPIM, MBPK, Gapena dan lain-lain berarak mengusung Keranda 152 yang ketiga di ibu kota.
Keranda 152 yang ketiga diusung sebagai menifestasi kegagalan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi payung untuk mempertahan kedaulatan bahasa kebangsaan.
No comments:
Post a Comment