SITIYU Portal
Tuesday, 13 December 2016
Refleksi Diri
AMIRAH
FARIHAH BT. ROSLI
MINGGU 4
Pada hari ini
saya telah mempelajari Surah al-Hujurat ayat 6 dan 7. Ayat 6 ini menerangkan
bahawa jika kita mendapat sesuatu berita, kita hendaklah melakukan penyelidikan
terhadap berita tersebut untuk mengesahkan kesahihannya sebelum menyebarkan
kepada orang lain (tabayyun). Jika kita menerima berita tanpa mengetahui
kebenarannya lalu menyebarkan berita tersebut, kecelakaan terhadap orang lain
mungkin terjadi atas kejahilan kita untuk tidak mengesahkan bahawa berita
tersebut adalah benar atau tidak.Tabayyun juga merupakan salah satu daripada
sunnah Rasulullah S.AW. Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa tabayyun untuk
mengelakkan masalah dan fitnah terhadap orang lain.
MINGGU 5
Pada hari ini,
saya telah mempelajari tentang adab bantu-membantu sesama manusia yang tidak
terbatas akan perbezaan kaum dari video yang telah dicari oleh rakan sekelas
saya. Dalam video tersebut, seorang wanita Melayu yang prihatin telah membantu
pak cik berbangsa Cina yang tua dan kurang upaya yang tinggal sendirian untuk
mendapatkan suasana yang lebih selesa dengan menghebahkan tentang bantuan yang
diperlukan oleh pak cik tersebut kepada orang ramai. Disebabkan oleh hebahan
wanita itu, pakcik itu mendapat bantuan dari segi katil baru dan bantuan
penjagaan oleh dua orang jururawat untuk memantau keadaan pakcik itu. Justeru
itu, saya berazam untuk sentiasa membantu semua tidak kira bangsa dan agama
kerana pada akhirnya, kita hanyalah manusia biasa yang hidup dalam keadaan
bergantung antara satu sama dan lain.
MINGGU 6
Pada hari ini,
saya telah berlajar tentang ilmu tasawwuf. Tasawuf (Tasawwuf) atau Sufisme
(bahasa Arab: تصوف , )
adalah ilmu untuk mengetahui bagaimana cara menyucikan jiwa, menjernihan
akhlak, membangun zahir dan batin, untuk memperoleh kebahagian yang abadi.
Ajaran Tasawwuf terbahagi kepada tiga, iaitu Tasawuf Aqidah, Tasawuf Ibadah dan
Tasawuf Akhlak. Meskipun Tasawuf ini hanya bersifat sunat, namun saya berazam
untuk mendalami ilmu ini kerana ilmu ini akan membantu saya untuk lebih
mendekati Allah S.W.T.
MINGGU 7
Pada hari ini, saya telah belajar
tentang perlembagaan. Perlembagaan Malaysia merupakan kuasa yang tertinggi di
Malaysia. Tiada undang-undang di Malaysia yang bercanggah dengan Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan meskipun beliau
mempunyai kedudukan yang tertinggi di Malaysia. Namun begitu, Perlembagaan Malaysia
yang mempunyai kuasa tertinggi ini boleh diubah. Oleh itu, amat penting bagi
kita sebagai rakyat untuk mempunyai ilmu tentang perlembagaan, terutama sekali
dalam sistem demokrasi. Ini adalah untuk mengelakkan kita dari ditipu oleh
pemerintah. Lantaran itu, saya berazam untuk mengambil tahu tentang
Perlembagaan Malaysia, tentang sejarah negara kita, agar saya mengetahui
tentang hak-hak saya sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia.
MINGGU 8
Pada hari ini, saya telah belajar
tentang beberapa usaha kerajaan Malaysia untuk meningkatkan ekonomi negara
kita. Antara usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan Dasar
Awam Pertanian, Dasar Awam Perindustrian, Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Penswastaan, serta Dasar Industri Berat Negara. Setiap satu Dasar yang
dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan, menghapuskan
kemiskinan luar bandar, mengurangkan pergantungan Malaysia kepada negara luar,
dan yang paling penting sekali ialah menangani kelemahan sosioekonomi Bumiputera,
serta membuka lebih banyak peluang kepada Bumiputera. Oleh itu, saya berazam
untuk lebih menghargai apa yang telah dilakukan kerajaan dan tidak menyalahkan
kerajaan atas kegagalan saya kerana kerajaan telah memberi pelbagai peluang
kepada rakyat, khususnya Bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka.
MINGGU 9
Pada hari ini, saya telah belajar
tentang undang-undang jenayah dalam Islam. Terdapat 3 jenis undang-undang
jenayah dalam Islam, iaitu Qisas & Diyaf, Hudud, dan Ta'zir. Undang-undang
tersebut merupakan hak individu, hak Allah dan hak pemerintah. Setiap apa yang
dilakukan oleh kita, akan dikenakan balasan yang setimpal. Oleh itu, saya
berazam untuk sentiasa melayan antara kita dengan baik dan dengan penuh ihsan,
serta tidak melanggar hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah serta
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
MINGGU 10
Pada minggu ini saya tidak menghadiri
kuliah kerana menghadiri Istiadat Konvokesyen ke -85 di UiTM Seri Iskandar.
MINGGU 11
Pada hari ini saya belajar tentang Al'
Adalah, di mana ia membawa maksud keadilan. Rasulullah S.A.W. telah bersikap
adil terhadap semua, di mana Baginda bersikap adil meskipun terhadap anak
sendiri.
Saya berazam untuk sentiasa bersikap
adil untuk mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Saya
juga ingin bersikap adil untuk mengelakkan krtikan terhadap agama Islam.
NUR
FATIHAH BT. KARIM
MINGGU 3
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai Perjanjian Azali yang telah kita persetujui ketika dialam roh sebelum
wujudnya kita bumi ini. Perjanjian ini menunjukkan bahawa setiap manusia adalah
sama disisi Allah S.W.T. Setiap manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi
yang telah berjanji untuk mentaati dan menurut segala perintah dan meninggalkan
larangan Tuhan. Kewujudan kita dimuka bumi adalah untuk beribadat kepada Allah
S.W.T walaupun pada pandangan kita, setiap antara manusia adalah berbeza
mengikut kaum, agama dan lain-lain. Maka, saya berazam untuk menghargai setiap
perbezaan antara kita dan menjadikannya sebagai tunjang utama untuk lebih
beribadah kepada Allah S.W.T.
MINGGU 4
Pada hari ini saya telah mempelajari
berkenaan surah Al-Hujurat ayat 6&7 yang menyebut tentang orang fasik yang
datang membawa berita palsu. Ayat ini menjelaskan bahawa kita hendaklah
sentiasa menyelidik setiap perkara dengan teliti sebelum kita menyebarkan atau
membuat apa-apa andaian. Sesungguhya orang yang menyebarkan berita-berita palsu
ini adalah sama sperti mereka yang fasik kerana mempercayai setiap apa yang
diperkatakan oleh orang lain. Maka dengan itu, saya berazam untuk menyelidik
perkara yang diceritakan oleh orang lain supaya saya tidak meletakkan kesalahan
pada tempat yang salah dan sentiasa berada di jalan kebenaran. Pada zaman
teknologi ini kita juga terdedah kepada fitnah yang begitu mudah tersebar
walaupun tiada kesahihan terhadap sesuatu berita.
MINGGU 5
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai adab- adab yang ada pada setiap bangsa. setiap bangsa terkenal dengan
adab masing- masing. Contohnya, bangsa melayu terkenal dengan adab sopan-santun
yang ada pada diri kita manakala bangsa Arab pula terkenal dengan adab mereka
terhadap tetamu. Bagi mereka, tetamu haruslah diraikan sehingga 3hari walaupun
sesiapun mereka. selain itu, bangsa Arab juga terkenal dengan sikap mereka yang
sentiasa menepati janji walaupun banyak pandangan buruk yang kita dengar mengenai
mereka oleh kerana perwatakan mereka yang kasar dan fizikal mereka yang besar.
Maka dengan itu saya berazam untuk lebih mempelajari adab dan budaya bangsa
lain dan menghormati budaya mereka jika berhadapan dengan mereka. Dengan ini,
kita akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita sesama manusia tidak
mengira bangsa, agama dan budaya.
MINGGU 6
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai ilmu tasawwuf. sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai ilmu tasawur
yang merupakan dua perkara yang berbeza. Tasawwuf adalah berkenaan penyucian
hati yang berkait rapat denga niat kita dan ianya semakin pudar dalam diri
setiap individu. Generasi kini berbeza dengan generasi terdahulu oleh kerana ilmu tasawwuf yang mereka
pelajari. ilmu tasawwuf inilah yang akan menguatkan iman dalam hati kita yang
secara tidak langsung akan menghalang kita dari melakukan perkara kemungkaran.
Oleh it, saya berazam untuk lebih banyak mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu
yang sedang saya pelajari dengan cara banyakkan membaca dan mendalami al-quran
dan lain-lain kitab.
MINGGU 7
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai perlembagaan Malaysia yang merupakan kuasa yang tertinggi di Malaysia.
Saya juga dapat menambah ilmu mengenai Perlembagaan Malaysia yang sangat
penting dalam sistem pemerintahan di Malaysia kerana ia merangkumi seluruh
perkara bukan sahaja berkaitan bahagian perundangan malah bahagian lain seperti
badan legislatif, badan kehakiman dan lain-lain. Perlembagaan Malaysia
berfungsi untuk menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran, memelihara
kedaulatan institusi diraja dan juga pelbagai fungsi yang lain. Maka dengan itu
saya berazam untuk lebih banyak membaca mengenai Perlembagaan Malaysia dan
perkara berkaitan agar dapat mendidik diri saya menjadi belia yang dapat
menyumbang untuk negara dan melaksanakan tanggungjawab terhadap, negara, bangsa
dan agama.
MINGGU 8
Pada minggu ini saya tidak menghadiri
kuliah kerana menghadiri Istiadat Konvokesyen ke -85 di UiTM Terengganu.
MINGGU 9
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang cabaran wawasan 2020. seperti yang kita sedia maklum, hanya tinggal 4
tahun sahaja lagi bagi kita untuk merealisasikan perkara ini walaupun masih
terdapat perkara yang belum dapat dicapai pada ketika ini. Dalam perkara ini,
usaha semua pihak amat penting dalam memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai.
Kita perlu bergerak seiring dengan negara-negara lain yang jauh maju kehadapan.
Maka, denagn itu saya berazam untuk meningkatkan diri saya sebagai anggota
masyarakat yang berfikiran jauh dan terbuka agar dapat mengatasi cabaran ini.
Untuk menjadi sebuah negara maju, bukan hanya bermakna negara perlu mencapai
tahap kemajuan dari segi pembangunan, bahkan rakyatnya harus terdiri dari
individu yang mempunyai fikiran kelas pertama seiring dengan status negara maju
yang bakal dicapai oleh negara kita.
oleh itu, amat penting bagi sebagai rakyat Malaysia untuk memainkan peranan
kepada diri sendiri dan juga dalam kalangan masyarakat.
MINGGU 10
Pada hari ini
saya telah mempelajari mengenai survival melayu dan bumiputra. Ini merupakan satu
usaha kerajaan untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang melayu dan
bumiputra terus terjamin mengikut perlembagaan Malaysia. Perkara 153 adalah
berkenaan hal istimewa orang melayu dan bumiputra yang meliputi biasiswa, kuota
pendidikan, jawatan dan perkhidmatan awam dan lain-lain perkara berkaitan. Ini
bagi memastikan orang melayu dan bumiputra tidak ditindas dan dapat bergerak
seiring dengan kaum lain yang ada dinegara ini. Dalam perkara ini, kerajaan
sejak dahulu lagi telah melakukan pelbagai cara seperti penubuhan rida yang
dikhaskan untuk orang melayu dan DEB yang diwujudkan bagi meningkatkan ekonomi
melayu dan taraf kehidupan masyarakat melayu.
Maka dengan itu saya berazam untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri
dan tidak hanya mengharapkan usaha dari kerajaan semata-mata. Perkara ini
penting bagi memastikan saya dapat berdaya saing dengan kaum lain bukan sahaja
di Malaysia malah di peringkat dunia. Keupayaan yang ada pada diri saya akan
saya gunakan untuk meningkatkan taraf masyarakat disekeliling saya seterusnya
menjadi bangsa yang disegani seperti suatu waktu kegemilangan ketika dahulu dimana
kaum melayu sangat disanjung ketika zaman pemrintahan kesultanan melayu melaka.
MINGGU 11
Pada hari ini
saya telah mempelajari mengenai konsep al-syura yang bermaksud mesyuarat.
Melalui mesyuarat kita dapat berbincang mengenai sesuatu perkara dan meminta
pendapat orang lain mengenainya. Dengan cara ini kita dapat membuka minda kita
melalui sudut perspektif yang lain dari pandangan orang lain. Dengan ini topik
sesuatu perbincangan itu dapat dikembangkan hasil perbincangan semua pihak.
Konsep al-syura bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri malah turut
memberi manfaat kepada masyarakat melalui kata sepakat yang diputuskan. Ini akan
mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan menjamin keharmonian sejagat.
Maka dengan itu saya berazam untuk lebih banyak berkongsi masalah atau idea
saya dengan orang lain agar ia dapat diatasi dengan cara yang terbaik yang mungkin
didapati dari orang lain yang lebih baik.
YUSRINA
NAJIHAH BT. AHMAD
MINGGU 3
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang adab orang Arab di mana saya tidak pernah tahu iaitu mereka sangat
meraikan serta memuliakan tetamu mereka. Saya juga baru sahaja mendapat tahu
bahawa orang Arab berpegang dan menepati janji mereka di mana perkara ini amat
sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan individu pada hari ini. Maka dengan itu
saya berazam untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri saya supaya dapat
dijadikan amalan yang dapat membantu saya pada masa akan datang. Saya akan
lebih prihatin dalam bab meraikan tetamu untuk mengeratkan silaturrahim dan
ukhuwah sesama manusia dan juga saya akan belajar untuk lebih menitikberatkan
soal menepati janji supaya dapat menggambarkan imej serta personaliti yang
bagus kepada orang sekeliling.
MINGGU 4
Pada hari ini saya telah mempelajari
Surah al-Hujurat ayat 7 di mana ayat ini menerangkan bahawa Allah S.W.T. telah
menjadikan semua manusia cinta pada keimanan dan benci akan kekafiran serta
kefasikan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa setiap manusia diciptakan dengan
permulaan yang baik dan sebarang perkara yang tidak baik yang dilakukan di alam
kehidupan di dunia adalah pilihan individu tersebut sendiri. Tidak mustahil
mereka yang banyak melakukan kesilapan boleh kembali pada permulaan mereka yang
baik sekiranya mereka mendapat keinsafan dalam diri masing-masing. Maka dengan
itu saya berazam untuk sentiasa mengamalkan amalan-amalan yang akan sentiasa
membantu saya untuk mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T.
dan tidak lupa juga untuk sentiasa memohon diberikan petunjuk dan hidayah-Nya
setiap masa supaya tidak lalai dalam melayari kehidupan di dunia ini.
MINGGU 5
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang adab bantu-membantu sesama manusia yang tidak terbatas akan perbezaan
kaum di mana tidak salah bagi kaum Melayu untuk membantu kaum Cina dan begitu
juga sebaliknya untuk kesejahteraan dan perpaduan rakyat. Saya sangat kagum
dengan sikap individu di dalam video yang ditontonkan iaitu seorang wanita
Melayu yang prihatin serta baik hati yang membantu pak cik berbangsa Cina yang
tua dan kurang upaya yang tinggal sendirian untuk mendapatkan suasana yang
lebih selesa dengan menghebahkan tentang bantuan yang diperlukan oleh pak cik
tersebut. Selain itu, saya juga sangat kagum dengan semangat pak cik itu yang
tidak mengharapkan simpati dan hidup tidak bergantung pada sesiapa walaupun dia
hanya bergerak menggunakan kerusi roda untuk ke mana-mana. Maka dengan itu saya
berazam untuk menerapkan nilai-nilai seperti wanita di dalam video tersebut ke
dalam diri saya sendiri dan akan cuba untuk sentiasa berbudi tidak kira pada
sesiapa demi mengekalkan perpaduam kaum. Saya juga akan menjadikan pak cik
tersebut sebagai inspirasi untuk saya terus berjuang dalam hidup saya tanpa
terlalu bergantung dan menyusahkan sesiapa untuk mencapai impian saya.
MINGGU 6
Pada hari ini saya telah mempelajari
tasawwuf iaitu berkaitan dengan penyucian hati di mana setelah kita dijajah,
elemen tasawwuf makin pudar dalam diri setiap individu. Sebelum ini, perkataan
yang selalu saya dengar adalah tasawwur dan bukan tasawwuf. Maka dengan itu
saya berazam untuk lebih mendalami ilmu tasawwuf dan mengetahui apa sebenarnya
skop keseluruhan tentang ilmu tasawwuf tersebut untuk menjadi rakyat yang lebih
berilmu dan mempraktikkan ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan agar tidak
mudah dijajah pada masa akan datang tidak kira dari segi jajahan negara mahupun
minda pemikiran setiap individu.
MINGGU 7
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang unsur-unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu berkaitan
bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur tradisi ini
boleh menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain dimana kerajaan
membantu hak istimewa orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan atau
terpinggir di negara sendiri. Maka dengan itu saya berazam untuk tidak
mempersia-siakan keistimewaan yang diberikan sebagai orang Melayu untuk berjaya
dalam hidup dunia dan akhirat. Saya akan gunakan sebaik mungkin peluang yang
ada untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
MINGGU 8
Saya tidak menghadiri kuliah pada hari
ini kerana menghadiri Istiadat Konvokesyen di UiTM Dungun, Terengganu.
MINGGU 9
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang cabaran Wawasan 2020 dimana seperti yang kita ketahui lagi 4 tahun
menjelang tahun 2020 tetapi masih banyak perkara belum diperbaiki bagi mencapai
wawasan tersebut. Maka dengan itu saya berazam untuk menjadi seorang rakyat
yang mampu untuk membantu negara mengatasi cabaran yang ada dalam mencapai
Wawasan 2020. Sebagai contoh, saya akan mengubah gaya pemikiran minda saya dan
orang sekeliling mengikut pemikiran rakyat negara yang maju dari segi zahir dan
batin. Hal ini disebabkan oleh, bagi mencapai sebuah negara yang maju, minda
pemikiran rakyat juga haruslah maju mengikut arus kemajuan negara tersebut.
Saya tidak akan menceburkan diri dalam aktiviti atau perkara yang boleh
memburukkan imej negara serta perkara yang boleh menunjukkan tahap pemikiran
seorang rakyat yang rendah IQ.
MINGGU 10
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang sejarah Rukun Negara digubal dimana Rukun Negara digubal berasaskan
peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan bertujuan untuk menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Maka dengan itu saya berazam untuk
mematuhi semua prinsip Rukun Negara bagi mengelakkan peristiwa tersebut
berulang dan juga demi menjamin keamanan dan perpaduan rakyat di Malaysia.
MINGGU 11
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang sifat al-Mahabbah yang membawa maksud kasih atau penyayang. Sifat ini
amat penting bagi memupuk dan mengeratkan hubungan mesra antara manusia
sekaligus dapat menghapuskan rasa benci yang boleh menimbulkan permusuhan
antara individu. Perasaan benci dan permusuhan boleh mengakibatkan putus tali
sebuah persaudaraan dimana hal ini dilarang oleh Allah S.W.T. Maka dengan itu
saya berazam untuk menjaga dan memelihara sifat al-Mahabbah dalam diri saya
agar kelak tidak akan timbul rasa kebencian atau wujudnya permusuhan dengan
sesiapa sebaliknya sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan saudara sesama
Islam mahupun masyarakat sekeliling.
WAFIN NAZIRAH BT. MOHD FADZIL
MINGGU 3
Hari ini saya mempelajari tentang
Perjanjian Asali di mana semua manusia sebenarnya telah pun mengiyakan bahawa
Allah SWT itu tuhan yang satu. Selain itu, saya baru tahu tentang tulang
koksiks kita tidak akan hancur dan dari situ boleh mencipta semula jasad kita.
Saya berazam untuk lebih banyak mengambil tahu tentang hubungan antara sains
dan Islam.
MINGGU 4
Hari ini saya memahami elemen-elemen
positif mengenai kemasyarakatan dengan lebih jelas dan juga mendapat pencerahan
tentang tafsiran ayat 6 & 7 Surah Al Hujarot. Saya berazam untuk lebih
banyak mencari maklumat tentang ayat yang akan dibincangkan di dalam kelas
supaya dapat memudahkan lagi proses perbincangan tafsiran ayat.
MINGGU 5
Hari ini saya mempelajari tentang
sejarah Tanah Melayu dengan lebih mendalam serta mengatahu tentang teori bahawa
Melayu mungkin ada hubungan dengan Nabi Ibrahim. Saya berazam untuk mengkaji
teori ini untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya dan agar dapat memberi
pandangan sendiri mengenai teori ini.
MINGGU 6
Hari ini saya mempelajari bahawa
sekiranya Rasulullah SWT muncul di dalam mimpi, maka mimpi itu bukanlah mainan
syaitan kerana syaitan tidak mampu untuk menyerupai baginda. Info ini saya
dapati daripada kisah Raja Pasai – Mimpi Bukan Sedar Mimpi, Mimpi Bertemu Nabi.
Saya juga mendapat tahu tentang kisah Lina Joy yang telah membuka topic
perbincangan di mana Malaysia sebenarnya
tiada hukuman yang jelas untuk kesalahan murtad. Saya berazam untuk
meningkatkan lagi pengetahuan isu semasa mengenai agama Islam juga dan bukan
sahaja hal duniawi.
MINGGU 7
Hari ini saya mempelajari tentang
perlembagaan Malaysia dan bagaimana ia menjaga serta menlindungi Islam, Melayu,
Bumiputera dan Raja-raja Melayu. Saya juga mempelajari bahawa perlembagaan yang
lengkap dalam Islam mestilah merangkumi lima maqasid syariah. Saya berazam
untuk mencari lebih banyak info tentang Piagam Atlantik dan juga info yang
berkaitan dengan topic perbincangan hari ini.
MINGGU 8
Saya mempelajari tentang isu murtad
serta hudud. Tujuan hudud adalah untuk menjaga keamanan. Hudud juga bukanlah
sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana syaratnya ketat dan berat.
Contohnya, untuk kesalahan berzina, diperlukan empat saksi yang melihat
perlakuan tersebut barulah hukuman dapat dijalankan. Sekiranya syarat tidak
dapat dicapai, maka hukuman hudud tidak akan dijatuhkan. Saya berazam untuk
mengajar diri saya tentang apa yang boleh saya lakukan untuk berjasa kepada
negara dan keaman.
MINGGU 10
Pada minggu ini saya tidak menghadiri
kuliah kerana menghadiri Istiadat Konvokesyen ke -85 di UiTM Seri Iskandar.
MINGGU 11
Hari ini saya mempelajari tentang
Al-Huriyyah iaitu kebebasan diri dan juga kebebasan suara selagi tidak
bercanggah dengan Islam. Apa yang saya fahami adalah, walaupun ada sesetengah
orang akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam, tetapi itu tidak
bermaksud kita juga berhak bersuara sesuka hati sahaja. Saya berazam untuk
menjadi lebih terbuka dan mengelak daripada menjadi sebahagian daripada
pengguna internet yang menggunakan dasar kebebasan bersuara untuk memburukkan
ataupun memalukan seseorang yang salah di internet dengan alasan kononnya mahu
'nasihat' kerana itu adalah memalukan dan akan memburukkan Islam di mata orang.
NOOR
FATHIN NADIA BT. SENAN
MINGGU 3
Pada hari ini saya telah pelajari
mengenai betapa setiap manusia itu sama di sisi Allah s.w.t. walaupun pada
pandangan mata manusia, manusia itu saling berbeza dari segi agama,
kepercayaan, paras rupa dan darjat. Maka saya berazam untuk memperbetul
persepsi dan pemikiran serta pandangan saya terhadap manusia yang berlainan
agama serta bangsa dan tidak menilai atau menghbukum mereka dengan cepat.
MINGGU 4
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai Surah Al-Hujuraat ayat 6 dan 7. Di dalamnya terkandung beberapa
pengajaran antaranya termasuklah jika kita mendapat atau menerima sesuatu
berita itu, maka berita itu haruslah diselidik terlebih dahulu, disahkan
kesahihannya dengan mencari bukti ataupun dalil yang benar sebelum kita
menyebarkannya kepada orang lain. Selain itu, Allah s.w.t. juga telah memberi
pesanan bahawa sekiranya kita selaku umatnya berdegil untuk melanggar perintah
Allah serta perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. nescaya kita akan
mendapat susah di pengakhirannya serta menyesalinya kelak. Maka dengan ini saya
telah berazam bahawa saya tidak akan mudah mempercayai berita atau khabar angin
yang disampaikan kepada saya, tambahan lagi berita yang bersifat negatif serta
mempunya kebolehan untuk menjatuhkan pihak lain. Malah sebaliknya, berita yang
berunsur negatif akan saya simpan sahaja.
MINGGU 5
Pada hari ini saya telah pelajari
bahawa budaya masyarakat Arab itu tidaklah semuanya buruk belaka seperti yang
saya gambarkan. Seperti contoh, saya sering mempunyai tanggapan bahawa orang
Arab rata-ratanya sombong dan kasar tutur bahasa serta peri laku mereka.
Walaubagaimanapun, dengan pelajaran hari ini saya dapati bahawa orang Arab
sangat menepati waktu dan merek menerapkan budaya memuliakan tetamu, seperti
yang dituntut ajaran Islam. Oleh itu, selepas ini saya akan cuba untuk menerima
tetamu yang hadir ke rumah saya terutamanya rakan-rakan sekerja ibu bapa saya
dengan hati yang terbuka. Ini kerana saya sering mengeluh dengan kehadiran
mereka kerana memikirkan bahawa mereka telah mengambil masa rehat hujung minggu
saya dan itu semestinya perkara yang saya tidak akan ulangi.
MINGGU 6
Pada hari ini saya telah memndapat
kesedaran bahawa negara kita Malaysia telah dijajah selama lebih 400 tahun,
pada pandangan saya ianya amat mustahil untuk mendapat kemerdekaan dengan
tempoh jajahan yang terlalu lama serta nilai kepimpinan rakyat yang tidak
berapa kukuh pada waktu itu. Sudah semestinya para pejuang dan pemimpin tanah
air telah bersusah payah mendapatkan kemerdekaan negara yang kekal merdeka
hingga kini. Oleh itu, selepas ini saya akan lebih menghargai negara saya
sendiri dan lebih mandalami berkenaan sejarah Malaysia supaya saya lebih peka
dan lebih menghargai keamanan dan kesenangan yang saya nikmati selama ini.
MINGGU 7
Pada hari ini saya telah mempelajari
berkenaan Malayan Union, iaitu betapa pentingnya peristiwa Malayan Union untuk
kita ingati agar dapat membangkitkan semula semangat kemelayuan dan semangat
antara kaum yang wujud di Malaysia. Saya dapat lihat bahawa betapa
bersungguhnya orang Melayu menentang Malayan Union daripada dikuatkuasakan oleh
pihak British pada waktu itu. Peristiwa itu juga menjadi bukti bahawa tiada
yang mustahil bagi orang Melayu jika kita bersatu. Oleh itu saya berazam agar
lebih menghargai bangsa saya sendiri kerana banyak lagi keistimewaan Melayu
yang saya mahu ketahui.
MINGGU 8
Pada hari ini saya telah pelajari
mengenai hukum hudud. Hukum hudud yang selama ini saya bayangkan hanyalah
sekadar hukum memotong tangan bagi si pencuri, rupanya lebih daripada itu dan
lebih lagi perinciannya seperti jenis-jenis hukuman berbeza bagi kesalahan
berbeza. Setiap kesalahan pula haruslah diteliti dengan betul agar memastikan
tertuduh benar-benar bersalah ataupun tertuduh mempunyai alasan dan sebab yang
kukuh atas perbuatan salahnya itu. Dari situ saya pelajari bahawa Islam ini
merupakan agama yang lengkap dan adil. Islam bukan sahaja terikat dengan
semata-mata bertaqwa kepada Allah, tetapi merangkumi aspek kehidupan manusia
serta cara hidup manusia. Oleh itu, saya berazam untuk lebih mendalami ajaran
Islam dengan mempelajari cara hidup Islam yang sebenar agar saya sentiasa peka
terhadap perkara remeh yang sebenarnya tidak boleh diambil mudah dalam Islam.
MINGGU 9
Pada hari ini saya telah mempelajari
mengenai institusi kesultanan di Malaysia. Selama ini saya berfikiran bahawa
institusi kesultanan, peranan sebagai seorang sultan di sesebuah negeri serta
peranan Yang di-Pertuan Agong adalah amat kecil di Malaysia. Akan tetapi,
setelah mendalami sedikit mengenai perkara ini sewaktu kelas, saya mempelajari
bahawa peranan sultan itu adalah sebagai bayangan Tuhan di muka bumi dari sudut
pandangan Islam. Konsep ini bukan sahaja digunapakai atau diadaptasi dari
pengaruh Hindu tetapi Islam juga mempercayainya. Jadi dengan adanya raja atau
sultan di sesebuah negeri itu, maka hak-hak rakyat yang sepatutnya akan
terjaga, malah sultan berperanan dalam memartabatkan dan menjaga agama Islam
serta orang Melayu. Maka dengan ini, saya berazam untuk menjadi bangsa yang
tahu menghargai kewujudan institusi kesultanan ini serta menghormatinya kerana
saya tahu betapa besarnya peranan sebagai seorang sultan demi menjaga
kesejahteraan rakyatnya.
MINGGU 10
Pada minggu ini saya tidak menghadiri
kuliah kerana menghadiri Istiadat Konvokesyen ke -85 di UiTM Seri Iskandar.
MINGGU 11
Pada hari ini saya telah pelajari
sesuatu yang telah saya ketahui selama ini, tetapi lebih mendalam, iaitu betapa
agama Islam sungguh istimewa dan bersifat terbuka. Agama Islam tidak memaksa
seseorang itu untuk memeluk Islam malah Islam mengajak mereka untuk memeluk
Islam dengan memaparkan cara hidup Islam yang sempurna. Walaupun agama Islam fleksibel
dan mudah untuk diamalkan, tetapi ia tidak pernah tersasar jauh dari ajaran
yang sebenarnya. Dengan ini, saya patut menjadi seorang yang bangga kerana
dilahirkan beragama Islam. Saya hanya perlu memelihara agama ini dan menjalani
hidup seperti yang disuruh oleh Islam.
Nilai Tahap Ekonomi Malaysia
Berdasarkan penilain saya, ekonomi Malaysia pada tahun ini telah menurun berbanding dengan tahun lepas. Analisa daripada OCBC Bank menjangkakan pertumbuhan ekonomi tahun ini berturun kepada 4.7% berbanding dengan tahun lalu pada 4.8%. Kedudukan ekonomi negara juga menurun ke tangga ke-25 dari 138 negara daripada tangga ke-18 tahun lepas. Namun begitu, Malaysia masih kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia. Ketidaktentuan ekonomi global, pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga komoditi serta kelembapan ekonomi China adalah punca penurunan kedudukan ekonomi. Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republik Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini. Dari perspektif sektor pelangcongan pula, walaupun jumplah pelancong merosot, sektor pelancongan kekal kukuh dan menjadi antara tonggak ekonomi yang dapat membantu pemulihan ekonomi. Persaingan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini diiktiraf dengan pelbagai anugerah pada 2016 seperti 'Best Golf Destination in Asia' bagi dua tahun berturut-turut oleh World Golf Awards 2015; majalah ‘Travel + Leisure’ menganugerahkan Malaysia sebagai ‘Best InternationalDestination - Food and Drink 2014’ pada April 2015.Selain itu, Malaysia juga menjadi bandar raya beli-belah kedua popular di dunia bagi pelancong Muslim oleh Muslim Travel Shopping Index 2015 dan 'Top 10 Best Travel Destinations for 2016' oleh Lonely Planet. Perbelanjaan pelancong menerusi membeli-belah juga meningkat tahun lepas dengan jumlah perbelanjaan bertambah 0.2 peratus kepada RM21.63 juta dan beli-belah mewakili 31.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan pelancong di Malaysia. Kesimpulannya, walaupun secara keseluruhan ekonomi negara semakin merosot, masih ada lagi peningkatan dalam beberapa sektor yang menyumbang kepada ekonomi.
Keranda 152
Keranda 152 merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.
Dalam proses kemerdekaan pada 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan munasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.
Namun begitu, pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa rasmi. ini menyebabkan Badan NGO Melayu merasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.
ini membawa kepada demonstrasi pertama keranda 152 pada 3 mac 1967. Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada hari itu. Mereka berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris. Perarakan Keranda 152 ini telah disemadikan oleh Usman Awang dalam puisinya “Sajak Keranda 152”.
Perarakan “Keranda 152” yang Ke-2 dipimpin oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) & Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 sebagai tanda terkuburnya Bahasa Kebangsaan ekoran dari pelbagai dasar kerajaan yang “menghina” Bahasa Kebangsaan termasuk Dasar Pembelajaran & Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Kemuncak bantahan besar-besaran terhadap dasar PPSMI adalah pada 7 Mac 2009 apabila puluhan ribu rakyat telah berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum penderitaan pelajar yang mengikuti PPSMI sejak 2003 – 2009.
Dasar PPSMI dimansuhkan pada 2012 dan digantikan dengan Dual-Language Program (DLP) dan mewajibkan 300 sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains, Matematik, Reka Bentuk, Teknologi Maklumat dan komunikasi. Walaupun dasar baru ini menaikkan semula kemarahan rakyat, dasar ini tetap diteruskan apabila Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tokoh pemimpin yang dilihat tegas mempertahan kedaulatan Bahasa Melayu dipecat dari Kabinet dan digantikan dengan Dato' Seri Mahdzir Khalid tokoh pemimpin yang dilihat tegas mempertahan kedaulatan Bahasa Melayu dipecat dari Kabinet dan digantikan dengan Dato' Seri Mahdzir Khalid.
Demonstrasi ketiga berlaku pada 26 mac 2016 selepas Pejuang Bahasa bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan, aktivis NGO dan pakar sains telah mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membincangkan masa depan anak bangsa dan bahasa kebangsaan. Baginda Sultan Perak secara dasar bersetuju dengan kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) bahawa sesuatu ilmu lebih berkesan dan mudah dikuasai sekiranya diajar dalam bahasa ibunda. pada 26 Mac 2016, perhimpunan bantahan secara aman telah dijalankan dengan cara pejuang bahasa yang terdiri dari GMP, ABIM, PKPIM, MBPK, Gapena dan lain-lain berarak mengusung Keranda 152 yang ketiga di ibu kota.
Keranda 152 yang ketiga diusung sebagai menifestasi kegagalan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi payung untuk mempertahan kedaulatan bahasa kebangsaan.
Laporan Projek Akhir - Menghargai Flora, Fauna dan Alam Sekitar
1.0 PENDAHULUAN
Setiap insan diciptakan dengan dua
tujuan utama iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Khalifah di sini
bermaksud setiap insan merupakan seorang pemimpin yang memegang amanah Allah
untuk mengurus segala harta yang terkandung di Bumi Allah dengan sebaiknya. Berjayanya
seseorang itu menjadi khalifah yang adil dan telus serta bijaksana bermakna
berjayalah beliau menjadi seorang hamba Allah, dengan izin Nya. Seperti yang disebut oleh Allah s.w.t dalam
surah Al-Baqarah ayat 30,
yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya",
Allah SWT menciptakan manusia di muka
bumi agar manusia dapat menjadi kalifah di muka bumi tersebut. Dalam konteks
laporan ini, setiap khalifah haruslah bijak menguruskan apa-apa yang ada di
bumi, contohnya tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan, air sungai, gunung-ganang, laut, haiwan yang hidup di
lautan dan manusia haruslah memanfaatkan segala apa yang ada di bumi sebaik
mungkin.
Walaupun
ayat di atas jelas menyatakan bahawa Allah menjadikan manusia sebagai seorang
khalifah agar dapat menguruskan alam ini sebaiknya, terdapat juga segelintir
manusia yang mengabaikan tanggungjawab tersebut. Sikap manusia yang tidak ambil
berat, serta perbuatan tidak bermoral seperti mencemarkan air sungai dengan
membuang sisa buangan toksik dari kilang, menggunakan bom untuk menangkap ikan
di laut, menebang pokok serta meratakan hutang supaya dapat membuat pembangunan
sedikit sebanyak mampu menghancurkan alam sekitar serta harta di bumi ini.
Walaupun perbuatan itu dianggap remeh oleh sesetengah pihak, namun ianya bakal
menjadi isu yang amat besar jika suatu hari nanti kita sudah kehilangan hutan,
sukar mendapat bekalan air bersih serta hidupan akuatik makin pupus.
Dalam
laporan ini akan dibincangkan mengenai factor-faktor yang mendorong manusia
sebagai khalifah mampu untuk terjebak dengan semua masalah di atas,
penguatkuasaan undan-undang berkenaan alam sekitar yang ada di Malaysia serta
kesan-kesan yang timbul daripada masalah ini.
2.0 LATAR
BELAKANG
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan
yang amat bernilai kepada kesejahteraan hidup. Manusia banyak bergantung kepada
sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas telah dicipta bahkan sebelum
terciptanya manusia pertama dimuka bumi iaitu Nabi Adam A.S yang terbukti
daripada kejadian manusia yang berasal dari tanah. Ia dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai
sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan
menyamankan.
Persekitaran yang bersih merupakan
nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau yang membebaskan Penjagaan
alam sekitar dapat mengelakkan pelbagai masalah antaranya kenaikan suhu
melampau yang menyebabkan cuaca panas dan kering yang seterusnya akan
menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada diri kita. Persekitaran yang
segar dan nyaman juga membolehkan orang ramai melakukan aktiviti luar dan
beriadah tanpa gangguan yang mungkin membuat kita teragak-agak untuk berada
diluar agar tidak terdedah kepada pencemaran yang semakin meningkat setiap
hari.
Selain itu, alam sekitar juga terdiri
daripada sumber air yang merupakan sumber asli yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Buktinya, tubuh kita sendiri mengandungi lebih kurang 70%
air. Dengan air, manusia dapat bertahan hidup selama beberapa hari walaupun
tidak mendapat sumber makanan. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga dengan lebih cepat. Air merupakan unsur
yang penting dan merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Ia bukan sahaja penting kepada manusia malah
kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi, amat penting
untuk setiap anggota masyarakat berganding bahu dalam memelihara dan menjaga
kebersihan sumber air kita yang semakin tercemar dari hari ke hari.
Tambahan lagi, alam sekitar patut
dijaga oleh semua pihak bagi mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Seperti yang kita tahu, haiwan dan tumbuh merupakan salah satu sumber makanan
kepada manusia yang harus dipelihara begi menjamin kelangsungan hidup Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang. Contohnya pembuangan
toksik ke dalam laut akan menyebabkan hidupan laut seperti udang, ikan, sotong
dan lain-lain yang merupakan sumber protein yang dapat menstabilkan kesihatan
badan kita. Oleh itu, setiap pihak samada individu, masyarakat dan kerajaan
perlu berpimpin tangan dan bergerak seiring untuk memastikan alam sekitar kita
terpelihara agar kita tidak sengsara dimasa hadapan akibat dari perbuatan kita
yang mementingkan diri sendiri.
3.0 FAKTOR-FAKTOR
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
3.1 Sikap Individu, Organisasi dan
Masyarakat Yang Mengambil Mudah Tentang Pencemaran
Sebab utama pencemaran alam sekitar
berlaku adalah kerana masalah sikap individu
dan organisasi yang
tidak bertanggungjawab. Hal
ini jelas kerana
tiada kesedaran sivik
dalam diri mereka
untuk menjaga alam sekitar
kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan
sewenang-wenangnya membuang
sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan
itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau
sisa makanan di tepi
jalan. Terdapat individu yang
mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai.
Individu yang membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi
dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang
puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh
mencemarkan udara.
Manakala untuk
organisasi seperti kilang
yang menjalankan operasi pengeluaran yang
melibatkan sisa toksik
dalam penghasilan keluaran
mereka, pada kebiasaannya
kilang itu akan
mengambil langkah mudah
apabila membuang sisa
toksik tersebut terus ke
dalam laut dan
sungai jika kilang
itu didirikan berdekatan
dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan
kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis
udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara. Hal
ini berikutan sikap
individu dan pemilik
kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada
persekitaran sekeliling hasil
dari pencemaran alam
sekitar yang mereka cipta
sendiri.
Selain itu, sikap masyarakat juga
boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat
menganggap sungai sebagai tempat untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan
air yang kotor atau sisa kumbahan dari rumah
mereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi
rumput, timbunan lumpur atau timbunan sampah . Akhirnya, sungai akan menjadi
semakin cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan
turun dengan lebat dan berterusan.
3.2 Sikap Tidak Bertanggungjawab Segelintir
Pihak Pegawai Penguatkuasa Alam Sekitar
Sikap negatif sesetengah pegawai
penguatkuasa alam sekitar juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Terdapat segelintir pegawai penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas mereka
dengan baik dan amanah. Sebagai contoh, pihak yang mencemarkan alam sekitar
tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya. Pihak berkuasa berkecenderungan
mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan
Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan
air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa
air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500
kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar. Jika dilihat daripada
contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan
peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak
lebih RM 10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala
hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10,000,
penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1,000
sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua
Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu
kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah
ini. Oleh itu, mereka akan mengulangi perbuatan mereka ini hingga keadaan alam
sekitar menjadi semakin teruk dan menyusahkan banyak pihak.
Selain
itu, pembangunan secara
tidak sistematik juga menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar. Apabila
pihak kerajaan atau
pihak swasta merancang
untuk membangunkan sesuatu
kawasan, mereka seharusnya
memikirkan secara terperinci
kesan-kesan negatif yang
akan timbul terutama yang
melibatkan alam sekitar
dan bukan tertumpu
kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan
semata-mata kerana akibat
dari pembangunan yang
akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan
bunyi yang akan dihasilkan.
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang
mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu
tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam
sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu
bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan
asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan
Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad,
kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan
undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui
pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di
bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun
pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga
tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa
mereka.
Di dalam kes pemuliharaan alam
sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling
(Pindaan) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan
Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan
Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai
jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes
pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga
(1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara
ini terdiri daripada kawasan seluas 500,000 ekar dan termasuk 90,000 ekar di
Pahang dan 120,000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan
Negeri Pahang telah menggunakan 30,000 ekar daripada kawasan tersebut untuk
pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang
awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada
pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian
daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan
lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan
raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh
pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku
kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut
bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang
berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah
dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat
menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti
kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam
pemerintahan negara.
4.0 PENGUATKUSAAN
UNDANG-UNDANG YANG ADA DI MALAYSIA
Pencemaran
alam sekitar merupakan antara isu flora dan fauna yang kerajaan cuba untuk
mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat. Alam sekitar yang tidak tercemar
dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental sekaligus
dapat memelihara habitat haiwan yang semakin pupus. Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara
alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain
itu Kementerian Pelajaran turut memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar
sekolah untuk mencintai flora dan fauna dan berusaha untuk melindunginya.
Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar merupakan
jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang memainkan
peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca
tetap.
Sisa kumbahan daripada industri dan
loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had
yang ditetapkan di bawah akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan
sebelum dilepaskan. Selain itu, bagi masalah pencemaran air yang melibatkan
pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan
oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan bagi
mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
memasang Sistem Penapis Sisa Makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak dan
gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan
program ‘Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai’ untuk
mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang
terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya
disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara
untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda
tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1,000.00 boleh dikenakan bagi
tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang
menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.
Jabatan Perhutanan dan Semenanjung
Malaysia (JPSM) yang juga di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan
simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari
diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran
tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan
dan Semenanjung Malaysia (JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan
terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan
hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang
harus di teruskan. Selain itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) juga berkuasa untuk menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen
tertentu, kesalahan dan sebagainya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.
76 serta Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang bertujuan untuk memberi
perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia.
Kementerian pelajaran bersama-sama
Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di
mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara
kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen “Cintai Sungai Kita”,
kempen kitar semula, pameran alam sekitar, kempen memelihara dan memulihara
hidupan liar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di
sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran serta
kemusnahan habitat hidupan liar. Pameran ini dilakukan di sekolah-sekolah dan
juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini merangkumi
isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh
dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran dan kadar kemusnahan habitat hidupan
liar. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk melindungi alam sekitar.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga
telah mewujudkan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas
keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara praktikal atau
fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau
mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar. Oleh
yang demikian, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi
pencemaran terhadap alam sekitar dan demi memelihara flora dan fauna seperti
penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang berkaitan
dengan flora dan fauna dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat
mencurah air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat
di negara ini.
5.0 KESAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
5.1 Pencemaran Air
Perubahan gunatanah bagi menampung
pembangunan pesat negara juga mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang
kadangkali tidak dapat ditanggung oleh sungai dan menyebabkan perubahan kepada
sistem sungai dari segi kualiti dan juga kuantiti. Kajian menunjukkan bahawa
tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap
hari akibat kumbahan, industry kelapa sawit dan industry getah (Maheswaran
1982). Sistem pembentungan juga boleh menyumbang kepada kemasukan sisa kumbahan
kilang terus masuk ke dalam sungai. Menurut Dr. Zaini dalam Melati (2007), di
negara-negara yang menerima hujan melebihi 1000mm termasuk Malaysia dah
Singapura, sistem pembentungan dan saliran bandar dibuat secara terbuka bagi
membolehkan air hujan disalirkan dengan lebih cepat ke sungai atau diresapkan
ke perut bumi untuk mengelakkan banjir. Inilah yang menyebabkan perlbagai jenis
sampah sarap dan air buangan termasuk dari kilang disalurkan dengan mudah ke
sistem saliran sehingga menyebabkan masalah sumbatan dan pencemaran air.
Berdasarkan kajian, lebih 50 peratus daripada pencemaran sungai di
bandar-bandar besar di Malaysia berpunca daripada sistem saliran yang
mengandungi kumbahan dan sisa industry yang tidak dirawat sebaiknya. Contoh yang
boleh digunakan sebagai kesan dari pihak organisasi adalah Sungai Juru.
Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang
Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat
apabila sampai ke laut. Sungai Juru di Pulau Pinang telah digolongkan oleh
Jabatan Alam Sekitar sebagai sungai tercemar di Malaysia. Bernama melaporkan
bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menyenaraikan ia sebagai sungai
paling kotor di Asia Tenggara.
Dari segi
kesihatan, pencemaran air akan menjejaskan semua. Kesiahtan manusia juga boleh terancam
jika menggunakan air yang tercemar. Walaupun majoriti penduduk di Malaysia
menggunakan air yang telah dirawat namun pasti ada golongan yang masih
menggunakan air sungai untuk kegiatan seharian. Sesetengah bahan pencemaran
boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan
boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati
dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan
keadaan tidak normal yang bahaya. Air yang tercemar dari kawasan penternakan
pulak akan mengandungi sisa biologi seperti bakteria E-coli dan cacing netamod
yang akan membawa penyakit seperti hepatitis, tau dan disentri.
Dari segi alam sekitar pula, akan
perlakunya ketidakseimbangan biodiversity dan ekosistem. Jumlah habitat sungai
akan menurun dan banyak kematian ikan dan tumbuhan dari pelbagai spesis yang
boleh menyebabkan kepupusan. Kepupusan dan kekurangan sesuatu spesis hidupan
akan menyebabkan ketidakseimbangan biodiversity. Contohnya, pokok bakau yang
berfungsi untuk memerangkap dan menstabilkan mendapan, melindungi pinggir
pantai daripada hakisan dan sebagai habitat binatang laut dan darat. Kematian
pokok-pokok bakau akan mewujudkan gangguan dalam sistem rantaian makanan kerana
haiwan yang dahulunya menghuni pokok-pokok itu berpindah ke tempat lain. Inilah
yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem dikawasan tersebut.
Kesan terakhir ini juga adalah penting,
iaitu bekalan air bersih. Memandangkan
kualiti air di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot, kita akan
kehilangan sumber air mentah yang kebanyakannya diperoleh dari sungai utama dan
empangan yang dibina untuk menyimpan air. Berdasarkan penyelidikan, buat masa
kini sebanyak 29 buah sungai di Malaysia mengalami pencemaran teruk, 11 buah
sedikit tercemar dan 80 buah lagi dalam keadaan terkawal. Selangor, Johor dan
Pulau Pinang adalah antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi
di Malaysia.
5.2 Pencemaran Tanah
Kegagalan untuk menggunakan tong
sampah kitar semula yang telah pun disediakan oleh pihak majlis bandaraya
masing masing adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada pencemaran tanah.
Menteri Kesejahteraan bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul
Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan hanya 15 peratus rakyat negara Malaysia
mengamalkan kaedah kitar semula walaupun kerajaan memperkenalkan program
mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori. Kadar ini sangat rendah berbanding
dengan negara-negara lain seperti Jerman pada 62 peratus, Austria (68), Taiwan
(60) dan 59 peratus di Singapura. Di Malaysia, sampah yang dihasilkan dihantar
ke tapak pelupusan ataupun ke pusat pembakaran (incinerator). Walaupun Malaysia
mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak iaitu sebanyak 161
tapak, namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang
dihasilkan. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini juga berisiko
tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan
itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem
tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit
juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.
Pencemaran tanah jugak menyebabkan hakisan tanah yang akan mengakibatkan tanah runtuh ataupun gempa bumi. Ini adalah merugikan dari sudut kewangan, keselamatan dan ekonomi negara. Kebiasaanya hakisan tanah adalah disebabkan oleh pembersihan dan pembajakan bukit sehingga menyebabkan ketiadaan tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.
Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut akan merosakkan dan mengurangkan kualiti tanah. Tanah yang tidak lagi subur akan menjejaskan ekonomi agrikultur kerana tanah kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang ditanam hidup kurang subur.
Kesan kepada kesihatan manusia pula adalah penyebaran kuman-kuman dan penyakit. Haiwan-haiwan perosak seperti lalat, tikus dan lipas akn tertumpu di kawasan tercemar dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.
6.0
PENYELESAIAN MASALAH DALAM ISU ALAM SEKITAR
6.1 Peranan individu
Dalam usaha menjaga dan
memelihara alam sekitar yang telah tercemar ini, peranan setiap individu amat
penting kerana seorang individu tidak mampu mengubah seluruh dunia. Sebenarnya, kuasa unutk menyelamatkan alam
sekitar ini adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita
boleh katakan ‘tidak’ kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor.
Sekiranya setiap individu sama-sama berusaha
kearah membaikpulih alam sekitar sudah
pasti perubahan yang besar dapat dilakukan terhadap alam sekitar ini. Sebagai
individu masyarakat, kita boleh memilih untuk menyelamatkan alam kita dari
kerakusan dan ketamakan manusia atau makin memusnahkannya.
Antara usaha yang boleh
dilakukan oleh kita sendiri adalah melalui kitar semula. Kitar semula dipandang
remeh oleh sesetengah individu yang masih tidak prihatin terhadap alam sekitar
meskipun ianya perkara yang sangat mudah untuk dilakukan. Bahan- bahan buangan
boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengkladifasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tomg kitar
semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses
menjadi baja nutrient bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
dijadikan tisu. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang
digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia
dapat dikurangkan. Malah, ia juga akan menjimatkan kos bgai mendapatkan
keperluan-keperluan manusia sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara.
Tegasnya, program kitar semula ini adalah salah satu cara untuk mengatasi
pencemaran alam sekitar.
Bagi menjadikan
persekitaran kita lebih besih serta selamat, kita perlu mengambil berat dan
memberi perhatian terhadap kebersihan di persekitaran rumah kita terlebih
dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari
rumah dan institusi keluarga itu sendiri. Misalnya, perbuatan membuang sampah
sesuka hati akan menyebabkan system saliran tersumbat dan akhirnya membawa
kepada masalah – masalah yang lain seperti banjir kilat dan masalah yang lebih
besar. Tanpa sedar, sebenarnya peranan
individu penting kerana kumpulan individu ini akan membentuk masyarakat
seterusnya negara yang cintakan alam sekitar. Jadi perkara ini perlu dididik
dari peringkat keluarga agar ianya menjadi kebiasaan dan sentiasa terpahat dalam minda generasi
sekarang dan akan datang mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. Bak kata
pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, jadi perasaan cintakan alam
sekitar seharusnya diterapkan dalam diri setiap individu sejak kecil lagi
.
6.2 Peranan masyarakat
Sebagai anggota masyarakat,
setiap dari kita seharusnya mempunyai rasa bertanggungjawab kepada alam yang
kita diami. Sejauh mana kita bersedia dan sanggup mambantu dalam usaha menjaga
alam sekitar. Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas,
tidak membeli rumah yang didirikan didalm kawasan hutan yang mana pihak pemaju
menerokai hutan-hutan, menebang pokok intuk tujuan pembangunan kawasan
perumhaan atau pembangunan. Kita seharusnya berfikir dengan jelas adakah
sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak dan apakah kesannnya kepada alam
sekitar kita. Hal ini kerana hanya kita yang sendiri yang boleh memilih sama
ada hendak menetap dikawasan yang selesa dan selamat atau kawasan yang telah
dicemarkan. Sebagai anggota masyarakat yang terdiri daripada pemilik kedai,
ahli perniagaan dan lain-lain, kita perlu menggunakan apa yang ada pada diri
kita untuk meningkatkan usaha pemeliharaan alam sekitar. Contohnya, sebagai
pemilik kilang kita perlu memastikan operasi yang dilakukan adalah tidak
mencemarkan alam sekitar dan menjamin kelestarian alam.
Semua pilihan adalah
ditangan kita sebagai pengguna yang bijak. Sebagai contoh, kita boleh mendesak
pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam dalam menjalankan projek mereka.
Mungkin dengan cara mesra alam akan meningkatkan kos kita namun ini adalah
usaha yang wajar dilakukan bagi memastikan alam kita terjamin dan kita dapat
menikmatinya dengan lebih lama lagi. Kita bukan sahaja dapat mendiami kawasan
yang nyaman dan selesa bahkan turut meningkatkan usaha kita kearah alam sekitar
yang bersih. Selain itu,antara usaha memelihara alam sekitar yang giat
dijalankan adalah pengunaan plastik dilarang pada hari Sabtu dapat
menyelematkan alam sekitar kita. Maka diperkenalan `recycle bag’ yang boleh
digunakan berulang kali mampu mengurangkan penggunaan plastik yang meluas di
negara kita. Pasaraya juga mengenakan bayaran 20 sen kepada pelanggan yang
ingin menggunakan beg plastik di pasaraya berkenaan. Perkara ini berjaya
terlaksana disebabkan golongan masyarakat yang turut serta dalam kempen ini.
Selain itu, kumpulan
masyarakat ini boleh menyertai persatuan alam sekitar, pertubuhan sukarelawan,
dan badan social yang lain. Di Malaysia, terdapat Persatuan Perlindungan Alam
Sekitar (MASA) , Persatuan Pengurusan dan penyelidikan Alam Sekitar (ENSEARCH)
dan beberapa persatuan social lain yang sentiasa melakukan pelbagai aktiviti
bagi memastikan alam sekitar kita terpelihara. Kempen-kempen dan aktiviti
gotong royong selalu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan
kepentingan alam sekitar dan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan
menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit. Jadi, penglibatan kita dalam
pertubuhan sedemikian amat penting walaupun hanya menyumbang dari aspek
kewangan yang dapat digunakan untuk mempergiatkan aktiviti-aktiviti seperti
ini.
7.0 REFLEKSI
Sepanjang
tugasan ini disiapkan, banyak yang telah kami pelajari. Perkara yang paling
penting adalah komunikasi antara ahli kumpulan serta semangat bekerjasama.
Alhamdulillah, komunikasi antara kami berjalan dengan lancer dan hal ini
membawa kepada penyiapan tugasan yang baik serta tiada muncul sebarang salah
faham atau pencanggahan pendapat.
Dalam
konteks tajuk tugasan yang diberi, perkara yang paling kami pelajari adalah
mengenai keseimbangan alam, kebergantungan manusia dengan alam. Boleh dikatakan
90 peratus keperluan hidup manusia datangnya dari alam serta perut bumi.
Contohnya, nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia terutamanya,
datangnya dari pokok padi iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan. Lauk-pauk yang akan
dimakan bersama nasi adalah seperti sayur-sayuran yang juga tumbu-tumbuhan
serta sumber protein seperti ikan, ayam
atau daging yang datangnya daripada haiwan ternakan. Selain itu, perkara yang
paling penting di sini adalah oksigen yang membolehkan manusia bernafas. Oksigen
dikeluarkan oleh setiap tumbuh-tumbuhan hijau. Hilangnya tumbuh-tumbuhan hijau
maka berkuranglah bekalan oksigen. Begitu juga dengan air, sehebat-hebat
ciptaan manusia, manusia masih belum mampu untuk mencipta semula air. Jadi,
segala punca air yang terkandung di muka bumi ini itulah yang akan digunakan
oleh manusia. Tindakan kurang bijak seperti suka membazir air mengakibatkan
penggunaan air yang sia-sia memandangkan isu sukar mendapat bekalan air semakin
banyak dilaporkan sejak belakangan ini.
8.0 KESIMPULAN
Setiap
manusia haruslah sedar betapa pentingnya alam sekitar yang bersih. Kita tidak
boleh mengharapkan usaha pihak berkuasa semata-mata untuk menjaga alam sekitar.
Setiap individu haruslah menjalankan tanggungjawab tersebut kerana kita semua
juga merupakan penghuni alam ini yang juga memerlukan persekitaran yang bersih
dan sihat untuk meneruskan kehidupan. Populasi di Malaysia sudah hamper
mencecah 30 juta orang penduduk. Jika hari ini kesemua 30 juta penduduk
mempunyai inisiatif yang tinggi dalam menjaga alam sekitar serta mempunyai
kesedaran diri bahawa pentingnya alam sekitar kepada manusia, maka
masalah-masalah yang dinyatakan di atas akan berkurangan.
Begitu
juga sebaliknya, sekiranya 30 juta orang penduduk masih mengamalkan gaya hidup
yang tidak peka tentang alam sekitar, maka tidak hairanlah jika esok lusa
pelbagai masalah lagi akan timbul.
Semua
lapisan masyarakat bermula daripada individu, isi rumah, keluarga, anggota
masyarakat serta pihak pelaksana undang-undang haruslah memainkan peranan
masing-masing. Peranan di sini tidak terhad kepada konteks alam sekitar sahaja,
tetapi peranan masing-masing sebagai khalifah Allah juga.
Kesemua
ini bergantung kepada kesedaran manusia sebagai hamba Allah yang ditugaskan
untuk menjadi khalifah di muka bumi. Khalifah yang baik akan menjaga alam ini
sebaiknya seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. Jika manusia berpegang teguh
dengan ajaran Islam, memegang amanah yang dipertanggungjawakan kepadanya sebaik
mungkin, maka segala urusan yang terjadi di atas muka bumi ini akan menjadi
mudah dan kurang masalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
