Tuesday, 13 December 2016

Nilai Tahap Ekonomi Malaysia

Berdasarkan penilain saya, ekonomi Malaysia pada tahun ini telah menurun berbanding dengan tahun lepas. Analisa daripada OCBC Bank menjangkakan pertumbuhan ekonomi tahun ini berturun kepada 4.7% berbanding dengan tahun lalu pada 4.8%. Kedudukan ekonomi negara juga menurun ke tangga ke-25 dari 138 negara daripada tangga ke-18 tahun lepas. Namun begitu, Malaysia masih kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia. Ketidaktentuan ekonomi global, pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga komoditi serta kelembapan ekonomi China adalah punca penurunan kedudukan ekonomi. Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republik Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini. Dari perspektif sektor pelangcongan pula, walaupun jumplah pelancong merosot, sektor pelancongan kekal kukuh dan menjadi antara tonggak ekonomi yang dapat membantu pemulihan ekonomi. Persaingan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini diiktiraf dengan pelbagai anugerah pada 2016 seperti 'Best Golf Destination in Asia' bagi dua tahun berturut-turut oleh World Golf Awards 2015; majalah ‘Travel + Leisure’ menganugerahkan Malaysia sebagai ‘Best InternationalDestination - Food and Drink 2014’ pada April 2015.Selain itu, Malaysia juga menjadi bandar raya beli-belah kedua popular di dunia bagi pelancong Muslim oleh Muslim Travel Shopping Index 2015 dan 'Top 10 Best Travel Destinations for 2016' oleh Lonely Planet. Perbelanjaan pelancong menerusi membeli-belah juga meningkat tahun lepas dengan jumlah perbelanjaan bertambah 0.2 peratus kepada RM21.63 juta dan beli-belah mewakili 31.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan pelancong di Malaysia. Kesimpulannya, walaupun secara keseluruhan ekonomi negara semakin merosot, masih ada lagi peningkatan dalam beberapa sektor yang menyumbang kepada ekonomi.

No comments:

Post a Comment