Berdasarkan contoh pembangunan ekonomi Rasulullah SAW, antara usaha pembaikan yang boleh dijalankan pada masa sekarang adalah dari segi panduan dalam melakukan sesuatu perkara iaitu mestilah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai contoh, Islam melarang penjualan barang yang haram seperti arak dan babi. Namun industri hari ini masih terdapat banyak kilang arak dan kandang babi yang wujud di Malaysia. Aktiviti riba' juga masih giat berlaku dalam ekonomi Malaysia hari ini dan seharusnya dihapuskan demi melaksanakan aktiviti berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Selain itu, ketika zaman Rasulullah SAW, baginda telah berusaha untuk menyatupadukan penduduk untuk mendapatkan keamanan negara dan memudahkan urusan perniagaan yang dijalankan pada waktu itu. Pemimpin Malaysia hari ini patut mencontohi perkara tersebut di mana penyatupaduan semua kaum di Malaysia sangatlah penting untuk membangunkan ekonomi dan sosial negara. Sekiranya rakyat tidak bersatu padu, hal ini boleh menyebabkan kesukaran bagi urusan perdagangan yang melibatkan usahawan atau peniaga dari luar negara yang akan menilai perpaduan dan keamanan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment