Tuesday, 13 December 2016

Apakah polemik yang timbul berkenaaan rang undang-undang 355?


Rang undang-udang 355 adalah berkenaan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah bertujuan meningkatkan lagi kweibawaan dan martabat Mahkamah Syariah serta sesuai dengan keperluan semasa. Mahkamah Syariah ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri. Isu pindaan akta ini telah menimbulkan beberapa polemik atau perbahasan di kalangan rakyat. 

Antaranya, adakah RUU 355 ini berbaur hukum hudud dan adakah ianya memberi kesan secara tidak langsung kepada orang yang bukan islam? Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah. Ini juga menjawab soalan mengenai perkaitan Akta 355 dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

Selain itu, perbahasan mengenai ketidakadilan yang berlaku sekiranya terjadi jenayah seperti jenayah rogol yang melibatkan orang Islam dan orang Bukan Islam. Adakah orang Islam dan orang Bukan Islam akan dihukum dibawah dua set perundangan yang berbeza. Isu ini tidak relevan kerana rogol bukan merupakan kesalahan jenayah dibawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak dibawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan. 

Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 23 November 2016 menggesa ahli Parlimen Islam bersepakat sebulat suara menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Sebelum ini ahli Parlimen Islam dan Bukan Islam menolak pindaan itu, mungkin kerana tidak memahami terma dan kaedah dalam Rang undang-undang tersebut. Seperti yang dinyatakan, pindaan ini lebih kepada memperkasa peranan mahkamah syariah. Masyarakt bukan Islam tidak perlu bimbang kerana bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah tidak memberi kesan kepada kesalahan jenyah di Mahkamah Sivil. Sokongan ahli Parlimen Bukan Islam juga amat penting  dalam isu ini bagi memastikan keharmonian kaum dapat dicapai walaupun berbeza bangsa dan agama. Mereka perlu faham situasi negara ini yang mempunyai dua institusi mahkamah yang berbeza. Bukan sahaja peranan Mahkamah Sivil perlu ditambahbaik bahkan Mahkamah Syariah yang khususnya untuk Orang islam juga perlu ditambahbaik mengikut situasi semasa.




No comments:

Post a Comment