Monday, 24 October 2016

Kerja Mingguan - Pengaruh Hindu dan Budha ke Atas Masyarakat Melayu (Week 5)

Setakat manakah pengaruh Hindu dan Buddha ke atas masyarakat Melayu awal iaitu sebelum zaman kerajaan Islam Melayu Melaka?

Pengaruh Keagamaan
  • Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha di rantau alam Melayu ini, upacara dan penyembahan keagamaan menjadi lebih tersusun dan berbentuk rasmi. Ajaran agama Hindu dan Buddha juga telah mengalami proses sinkritisme atau penyerapan dengan kepercayaan tempatan yang asli untuk membentuk satu kepercayaan baru yang saling melengkapi.
  • Terdapat pandangan yang menyatakan kesan pengaruh Hindu dan Buddha ini hanya berlaku pada lapisan atas masyarakat Melayu iaitu golongan pemerintah dan bangsawan sahaja tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu terutama di lapisan bawahan iaitu golongan rakyat jelata yang masih mengamalkan kepercayaan animism.

Pengaruh Politik dan Pentadbiran          
  • Pengaruh Hindu dan Buddha tidak bersifat menyeluruh, atau ajaran murni yang terdapat dalam falsafah Hindu dan Buddha asli yang luhur itu.
  • Hanya perkara-perkara yang penting sahaja ditekankan seperti membesar-besarkan para dewa seperti yang telah diungkap dalam konsep ‘dewaraja’.
  • Dengan konsep ini, kita dapat lihat bahawa kedudukan raja-raja di Alam Melayu amat tinggi dan penting selain peranan mereka dari aspek fizikal dan spiritual diperkukuh melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja-raja berperibadi luhur dan suci. Masyarakat Melayu mengadaptasi sistem pembesar empat lipatan sebagai asas pentadbiran pada waktu itu. Maka, rata-rata masyarakat Melayu pada waktu itu akan menganuti agama yang dianut oleh raja mereka.



Pengaruh Sosial
  • Wujudnya kelas dalam masyarakat seperti golongan raja, bangsawan dan rakyat bawahan yang diterima melalui pengaruh Hindhu.
  • Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, pengaruh Hindhu dan Budha tidak terlalu mempengaruhi penduduk di Alam Melayu. Contohnya, tiada nama Hindu yang digunakan oleh masyarakat tempatan kecuali dalam kalangan golongan bangsawan sahaja.
  • Sebaliknya masyarakat Melayu pada waktu itu lebih menggunakan nama berunsurkan flora seperti Melati dan Melur sebagai nama kaum wanita.

No comments:

Post a Comment