Berikan 5 bukti
menunjukkan keharmonian masyarakat majmuk pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa Melayu
sebagai Lingua Franca
- Melaka merupakan pusat perdangan yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Jadi wujudnya para pedagang dari pelbagai negara seperti Arab, China dan India untuk berdagang di Melaka. Malah, ada pedagang yang masih tinggal di Melaka menunggu ketibaan angin.
- Terdapat catatan mendapati sebanyak 59 puak dan suku kaum pedagang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan penuh harmoni dan kemesraan.
- Rahsia kemesraan, perpaduan dan keharmonian rakayat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini adalah disebabkan elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak yang dikenali sebagai Lingua Franca.
Perkahwinan
- Bukti keharmonian masyarakat majmuk pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat dengan wujudnya perkahwinan campur, iaitu pada mulanya perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po seterusnya terbinalah hubungan diplomatik antara Melaka dengan China.
- Dengan perkahwinan, maka wujudlah golongan Peranakan seperti golongan Baba dan Nyonya hasil perkahwinan rakyat tempatan dengan rakyat Cina serta keturunan Syed Arab.
Sultan Melaka
yang cintakan ilmu
- Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, para pemerintah negeri Melaka amat cintakan ilmu dan menjadikan istana sebagai tempat berkumpulnya para ulama serta tempat untuk menuntut ilmu.
- Keinginan menuntut ilmu itulah yang menjadi nadi kepada keharmonian masyarakat majmuk di Melaka pada ketika itu.
Adaptasi
kesenian dan adat
- Dari segi keseninan pula kebanyakannya diserap melalui budaya para pedagang yang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Seperti contoh, Majlis khatam al-Quran, berzanji dan marhaban dari pedagang Arab serta agama Islam.
- Majlis sebegini biasanya dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan. Hal ini telah mewujudkan perpaduan antara masyarakat majmuk serta mendorong kea rah kewujudan negeri yang harmoni dan saling menyayangi.
Wujudnya
undang-undang Melaka
- Dalam memastikan kestabilan politik, kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran. Terdapat dua jenis undang-undang yang dipakai di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
- Hukum kanun Melaka merupakan undang-undang darat melaka yang merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan Melaka.
- Undang-undang Laut Melaka pula mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.
- Ia diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak.

No comments:
Post a Comment