Monday, 24 October 2016

Kerja Mingguan - Budaya Material dan Non-Material (Week 4)

BUDAYA MATERIAL
Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material.

BUDAYA NON-MATERIAL
Budaya bukan material merupakan salah satu elemen dalam budaya. Budaya bukan material ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal. Misalnya adat, kepercayaan, bahasa dan nilai.

ETNIK
BUDAYA MATERIAL
BUDAYA NON-MATERIAL
Chetty
Pakaian




Pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita dan berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala bagi lelaki

Makanan
Makanan harian mereka adalah nasi namun masih juga menyajikan makanan tradisi iaitu tause dan itali selain daripada nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak pada hari-hari perayaan.

Agama




Menganut agama hindu dan menyambut Hari Ponggol (Hari Kesyukuran)

Kepercayaan
Orang yang memasak makanan untuk sambutan perayaan tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak. Begitu juga dengan wanita yang sedang mengalami haid. Ini kerana adalah dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka

Kesenian



Menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolem

Dayak
Senjata



Mandau, perisai dan sumpit

Tempat tinggal
Rumah panjang

Pakaian




  • Menggunakan kain hitam bersulam manik pelbagai warna
  • Kaum wanita memakai Ta'a ; ikatan di kepala yang diperbuat daripada daun pandan, baju (sapei inoq) dan bawahan (ta'a)
  • Kaum lelaki memakai sapei sapaq ; baju  berbentuk rompi (vest) dan cawat (abet kaboq)

Kesenian

Seni Tarian

  • Nasai - untuk menyambut tetamu dan pahlawan pulang dari perang
  • Balian - untuk merawat orang sakit

Seni Suara

  • Setangis - diadakan pada pesta kematian
  • Manawar - untuk menghantar jiwa kepada Tuhan
Bugis
Rumah



Kebiasaannya dipasang tiang penyangga rumah untuk mengelak bahaya

Senjata



Keris bugis

Makanan
  • Bajek canggoreng - berasaskan gula merah dan kacang tanah
  • Ayam masak likku - ayam masak lengkuas yang dihidangkan pada hari raya

Bahasa
Bahasa Bugis atau Ugi dimana konsonannya (Lontara) adalah berdasarkan tulisan Brahmin

Tulisan
Tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit, sungai menggunakan lidi atau badek/kawali di atas daun lontar atau digarit terus di atas tanah dan batu

Adat perkahwinan
Merisik dan meminang tetapi tidak mengamalkan pertunangan dan undangan dilaksanakan dengan cara memanggil – menggunakan dua wanita dengan membawa dulang berisi rokok atau gula gula, dibalut dengan kain.
Banjar
Pakaian
Busana pengantin iaitu Bagajah Gamuling Balar Lulut dipengaruhi budaya Hindu dan dihiasi dengan bunga melati dan mawar

Makanan



Soto Banjar – mempunyai bahan istimewa iaitu belacan bakar dan buah keras bakar (roasted walnut)


Agama
Hampir semua orang Banjar memeluk agama Islam

Bahasa
Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu, Jawa dan Dayak. Ianya masih digunakan pada zaman sekarang dan terbahagi kepada dua loghat iaitu Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala

Adat perkahwinan
  • Petataian - pelamin biasanya diletakkan pada dinding batas tengah rumah atau berlatarbelakangkan air

Papia Kristang
Makanan
  • Devil's curry
  • Ikan bakar Portugis
  • Kari kering 


Peninggalan
Selendang, buku dan pakaian perkahwinan yang diimport dari Portugis
Perkampungan Portugis(Mini Lisbon)
Medan Portugis yang menyajikan makan Portugis dan pusat perayaan
Agama
Katolik Roma

Bahasa
Bahasa Kristang – sejenis
bahasa creole yang berasaskan bahasa Portugis dan telah diserapkan sidikit dalam Bahasa Melayu

Kesenian
Muzik orang Kristang dikenali sebagai Branyok dan melodi popularnya adalah Jingkli Nona yang telah dianggap lagu kebangsaan tidak rasmi Serani

No comments:

Post a Comment